Jumaat, 15 Februari 2013

Teladan 13 -Umar Meninggalkan Kemewahan


Teladan 13 -Umar Meninggalkan Kemewahan
Gambar hiasan sahaja
Umar al-Khattab terkenal dengan sifatnya yang zuhud hinggakan kedudukannya sebagai ketua negara langsung tidak menggelapkan matanya dengan kebendaan dan kemewahan.

Jangankan untuk korupsi, mengambil sesuatu yang menjadi haknya sendiri saja, beliau enggan melakukannya. Itulah Khalifah Umar al-Khattab, yang terkenal dengan kezuhudannya. Meskipun beliau berkedudukan sebagai ketua negara atau Amirul Mukminin, beliau tak pernah tergiur dengan gemerlapnya harta benda.

Tatkala Umar menerima utusan dari wakil Semenanjung Arab yang, ditaklukinya, dia menyambutnya dengan satu-satunya jubah yang dia ada. Jubah yang dipakainya itu begitu lusuh dan mengandungi 12 tampalan.

Sebagai pengganti kepada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, mestinya dia berhak untuk mendapatkan gaji yang lebih banyak dari Khalifah Abu Bakar. Tambahan pula, wilayah kekhilafahan Islam waktu itu semakin luas dan membesar, menjadikan tugas dan kewajipannya semakin bertambah, manakala kehidupan rakyat juga semakin makmur. Walau bagaimanapun, Umar memilih untuk menerima gaji yang sama dengan yang diterima oleh Khalifah Abu Bakar.

Orang-orang terdekatnya merasa hiba dan prihatin atas sikap kesederhanaannya itu. Beberapa kali mereka mengusulkan agar Umar menerima gaji sesuai tanggungjawab dan bebanan tugasnya. Namun, usul itu selalu sahaja ditolaknya.

“Mengapa kalian memaksaku untuk menerima gaji yang melebihi keperluanku? Ketahuilah, walaupun Rasulullah SAW diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang kemudian, namun beliau tetap memilih hidup sederhana, tetapi tetap bersemangat dalam beribadah. Apalagi aku ini?” Umar berkata dengan penuh keinsafan dan kesedaran atas tanggungjawabnya sebagai hamba kepada ALLAH dan juga pemimpin kepada umat Islam.

Norziati binti Mohd Rosman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...