DOA -doa Ku... Ya Allah....

... اشهد ان لا إله إلا الله وأشهد ان محمد رسول الله .....YA ALLAH...AMPUNKAN AKU ....Bimbinglah Aku di jalan -MU.. TETAPKAN AKU DALAM KASIH SAYANGMU, ......AMPUNKAN SEGALA KESALAHAN dan DOSA-DOSAKU..DOSA DAN KESALAHAN KEDUA IBU BAPAKU..DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT....KUMPULKAN AKU BERSAMA PARA NABI DAN RASUL...YA ALLAH ...KEKALKAN AKU DAN KETURUNANKU DALAM ISLAM DAN BERIMAN KEPADAMU....YA ALLAH.YA ALLAH, HIDUPKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI, MATIKAN AKU DALAM KEADAAN MERENDAH DIRI DAN BANGKITKAN AKU (PADA HARI QIAMAT) DI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG MERENDAH DIRI.. استغفر الله العظيم ASTAGFIRULLAHALAZZIM....سبحان الله...SUBHANALLAH ...الحمد لله..ALHAMDULILLAH...الله أكبر..ALLAHUAKHBAR.....ALLAHUMA SOLLIALA SAYIDINA MUHAMMAD....WAALA ALIMUHAMMAD..........

Sabtu, 16 Februari 2013

Teladan 22 - Waktu Khalid Laksana Pedang


Teladan 22 - Waktu Khalid Laksana Pedang
Gambar hiasan
Kehandalan Khalid bin Walid dalam bermain pedang begitu hebat sehingga digelar Saifullah (pedang ALLAH). Pada satu ketika, Khalid memimpin pasukan Islam bertempur sengit di Yarmuk (wilayah perbatasan Syria) menentang pasukan Rom di bawah pimpinan panglima Gregorius Theodore. Berkat kehebatannya bermain pedang, banyak tentera musuh terbunuh. Lalu terjadilah sebuah peristiwa yang sungguh menarik.

Gregorius ingin mengelakkan lebih banyak kematian para tenteranyan lalu mencabar untuk menentang Khalid secara berdepan. Dalam pertempuran antara mereka, senjata Gregorius patah terkena hayunan pedang Khalid. Gregorius lalu mengambil sebilah pedang besar. Ketika dia merancang untuk berlawan lagi, Gregorius bertanya pada Khalid tentang motivasinya berperang dan kaitannya dengan Islam.

Khalid memberikan jawapan dengan bersungguh dan tegas. Terkesan oleh jawapan Khalid, di hadapan ratusan ribu pasukan Romawi dan Muslim, Gregorius akhirnya menyatakan diri masuk Islam. Dia belajar Islam sekilas, sempat menunaikan solat dua rakaat, bertempur di samping Khalid dan akhirnya mati syahid di tangan pasukannya lamanya sendiri.

Khalid nyata seorang yang hebat dengan tidak melengahkan walau sedetikpun keinginan seseorang untuk memeluk Islam, hatta di medan perang sekalipun. Dia tahu, jika dia berlengah, sama ada dia ataupun orang itu akan terbunuh di medan perang pada bila-bila masa.

Norziati binti Mohd Rosman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email