Isnin, 18 Februari 2013

Teladan 27 - Umar al-Khattab yang Berjiwa Rakyat


Teladan 27 - Umar al-Khattab yang Berjiwa Rakyat
Gambar hiasan
Pada akhir abad ke-17 Hijrah, kaum Muslimin sedang menikmati kemenangan pasukan mereka dalam peperangan di Iraq dan Syam. Namun di tengah kegembiraan itu, mereka diuji dengan musim kemarau berpanjangan. Selama sembilan bulan hujan tidak turun, bumi gersang dan penuh debu, manakala haiwan dan tanaman menjadi korban.

Namun, keadaan Madinah tidak terlalu buruk kerana di bawah pemerintahan Umar Al-Khattab kerana penduduk Madinah dibiasakan untuk menyimpan makanan. Kesannya, masyarakat dari kawasan yang lain datang memenuhi Madinah bagi mendapatkan sumber makanan. Keadaan ini menyebabkan Madinah turut menghadapi kekurangan bahan makanan.

Ketika keadaan ini mencapai kemuncaknya, Umar pernah diberikan roti yang dicampur mentega. Umar memanggil seorang Badwi dan mengajaknya makan bersama. Dia tidak menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum Badwi itu melakukannya lebih dahulu. Orang Badwi itu benar-benar menikmati roti tersebut. 

“Agaknya, kau tidak pernah memakan mentega?” tanya Umar.
“Ya,” jawab Badwi itu.
“Saya tidak pernah makan dengan mentega atau minyak zaitun. Saya juga sudah lama tidak menyaksikan sesiapa memakannya sampai sekarang,” tambahnya.

Mendengar kata-kata Badwi itu, Umar bersumpah untuk tidak memakan mentega hinggalah semua orang hidup seperti sediakala. Kata-kata ini benar-benar dibuktikan dan diabadikan sampai saat ini.
Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang menikmatinya,” ujar Umar. Walhal, Umar pada masa itu boleh menggunakan apa sahaja kemudahan negara yanga ada. 

Tambahan pula, kekayaan Iraq dan Syam sudah berada di tangan kaum Muslimin. Namun, Umar memilih untuk bersama-sama rakyatnya. Begitulah hebatnya peribadi Umar sebagai seorang pemimpin ummah.

Norziati binti Mohd Rosman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...