Rabu, 13 Februari 2013

KISAH PENCURI YANG LEBIH MULIA DARI SAHABAT NABI ISA A.S

Gambar hiasan aje..

Diriwayatkan dari Wuhaib Al-Wardi, ia berkata : Kami mendengar bahawa Nabi Isa a.s bersama seorang sahabat baginda, ketika sedang berjalan-jalan bertemu dengan seorang pencuri yang berada di dalam rumahnya.

Ketika sang pencuri itu melihat kedatangan Nabi Isa a.s berserta sahabatnya, ALLAH  pun memberi hidayah kepada pencuri itu sehingga sang pencuri itu timbul hati untuk bertaubat. Sang pencuri itu lalu berkata dalam hati, "Ini adalah Nabi Isa bin Maryam a.s sebagai Ruhullah dan kalimat-Nya, sedang seorang lagi adalah sahabat baginda. Sedangkan dirimu ini sendiri siapa wahai orang yang celaka? Pencuri dari kaum bani Israil ! kamu telah menghadang dan merampas harta benda orang lain, bahkan sering membunuh orang!"

Selepasa berkata demikian dalam hatinya, dia pun mendekati Nabi Isa a.s untuk bertaubat dan menyesali perbuatan yang pernah dilakukannya. Demikianlah, selepas pertemuaan tersebut dengan Nabi Isa a.s hatinya sekali lagi berkata-kata "Kamu ingin berjalan bersama mereka berdua? kamu tidak layak melakukan hal itu! Berjalanlah kamu di belakang mereka berdua saja sebagaimana layaknya orang-orang bersalah yang banyak melakukan dosa seperti dirimu!"

Sahabat Nabi Isa a.s kemudian menengok ke belakang dan mengetahui kalau pencuri itu mengikutinya. Dalam hati sahabat itu pun berkata, "Lihatlah orang buruk dan celaka yang sedang berjalan di belakang kita!"

Seketika itu pula ALLAH menampakan kepada Nabi Isa a.s apa yang mereka simpan dalam hati masing-masing yang berkatian penyesalan dan taubat si pencuri mahupun penginaan dari sahabat Nabi Isa a.s yang merasa lebih mulia daripada pencuri itu.

ALLAH  kemudian memberikan wahyu kepada Nabi Isa a.s agar memerintahkan kepada sahabat baginda mahupun si pencuri untuk memulai lagi amal ibadatnya "Adapun sang pencuri telah Aku ampuni segala dosa yang telah lalu akibat penyesalan dan taubatnya, sedangkan sahabatmu itu telah Aku hapus semua amalnya kerana kesombongan dan sikapnya yang merendahkan orang yang telah bertaubat (si pencuri)".

http://mahatera.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...