Jumaat, 15 Februari 2013

Teladan 14 - Umar Dengan Kelahiran Bayi

Teladan 14 - Umar Dengan Kelahiran Bayi
Gambar hiasan aje
Seperti malam-malam yang sebelumnya, Umar berjalan keluar dari rumahnya sendirian menyusuri jalanan dan melampaui rumah-rumah yang penghuninya telah lama lena. Dia tidak mahu malam ini berlalu tanpa dia mengetahui bahawa semua penghuni kota berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Biarpun terasa penat, dia sesekali mendongak melihat langit Madinah yang kelihatan indah. Maka dia pun tersenyum seperti terhibur dan memuja pencipta-Nya. Dia berjalan. hingga sampai di luar kota, dan langkahnya terhenti ketika melihat seorang lelaki yang sedang duduk sendirian menghadap sebuah pelita.

“Apakah yang engkau lakukan malam-malam begini sendirian,” tegurnya dengan santun.
Lelaki itu tidak jadi menjawab ketika dia dengar dari dalam bilik suara perempuan yang memanggilnya dengan mengaduh. Dengan tersekat-sekat, lelaki itu memberitahu bahawa isterinya hendak bersalin tetapi dia tidak dapat meminta pertolongan dari jiran mahupun sanak-saudara.

Mendengar hal itu, Umar segera berlari pulang kerumah biarpun dengan keadaan letih kerana baru sahaja mengelilingi Madinah dengan selipar yang telah tipis dan dipenuhi lubang. Segera dia teringat pesanan sahabat-sahabatnya yang mengingatkan agar dia membeli selipar yang baru.

Apa bila tiba dirumah, Umar segera mengejutkan isterinya. “Ummi Kultsum, bangunlah, ada kebaikan yang boleh kau lakukan malam ini.” Isterinya menurut tanpa sepatah kata, mengekorinya dan segera membelah malam dan tiba dirumah tadi.

Ummi Kultsum segera masuk dan membantu wanita itu untuk bersalin. Seketika kemudian, terdengar tangis bayi. Lelaki itu bersujud mencium tanah dan kemudian menghampirinya
“Siapakah engkau, yang begitu mulia menolong kami?” lelaki itu bertanya dalam kehairanan dan kegembiraan.

Umar mahupun Ummi Kultsum tidak menjawab terus soalan itu. Namun, dia segera tahu kerana Ummi Kultsum yang memanggil Umar dengan gelaran Amirul Mukminin berkata, “Wahai Amirul Mukminin, ucapkan selamat kepada tuan rumah kerana telah lahir seorang anak lelaki yang gagah.”
Kata-kata ini sekaligus memberitahu siapakah diri Umar yang telah menolongnya.

Norziati binti Mohd Rosman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

12 Insan Yang Bertemu Rasulullah saw Dalam Mimpinya

1. Mimpi Tentang Imam Bukhari Rah.a.  Beliau adalah seorang imam terkemuka ahli hadits. Namanya adalah Muhammad bin Ismail Al Bukhari . Ge...